hari manis

Tak sia sia aku meluah tuhari  
Terbang juga tulisan aku ke hati kau
 
Bikin aku sedar aku masih punya ruang dalam hati kau                  
Biar dekat pun                                                                                                    
Biar jauh pun                                                                                                    
Biar gelap pun                                                                                                  
Biar terang pun                                                                                              
Aku masih mahu duduk di situ                                                                    
Beku
 
Untuk itu                                                                                                              
TERIMA KASIH
 
Besok pula mahu jumpa                                                                                  
Buah-buah hati kita                                                                                            
Di zaman muda mudi                                                                                    
Drama apa pula kali ni?
haha

ttms: kan indah kalau hari2 manis begini.

Tolong. Tampil.

 

Jujur

Aku tak tahu

Di mana silapnya

Benar

Aku tak tahu

Di mana kurangnya

Sungguh

Aku tak tahu

Masih

Tak tahu

Tolong. Tampil.

Jerit pada aku

Bilang satu persatu

 

 

Rasa mahu gila

Kalau aku fikir

Di semua

Di setiapnya

Di hari hari kita

Tolong. Tampil.

 

 

Dari ruang paling dalam

Terdalam sekali

Terpaling dalam

Dalam

Aku lihat kita

Dalam dakapan

Dalam raungan

Dalam luahan

Jadi aku pohon

Tolong. Tampil.

defensif

ruang ini

hiruk tapi senyap

cerah tapi gelap

luas tapi sempit

aku lihat semua

aku dengar semua

aku rasa semua

Tapi mana aku

 

lelah

marah

resah

kesal

sakit

tak bersudah

ayuh datang pada aku

biar aku dakap satu satu

Tapi mana satu aku

 

puas

bahagia

kasih

adil

bahasa

mana pintu kau?

mana lubang kau?

mana sarang kau?

 

Bukaklah!

Tunjuklah!

Pamerlah!

kalau betul kau ada

jadi aku tak terus meraba

macam cilaka

 

eh, kau dah pulang defensif? Jom makan sama sama

 

 

mimpi-panjang-yang-aku-susah-nak-keluar

sekarang badan aku rasa penat sangat. bukan penat sebab tak cukup tidur malam sebelumnya, tapi aku rasa sebab mimpi tadi. mimpi ke namanya kalau macam tu? kalau hadir untuk renggut nyawa aku.
tak ingat dah kali keberapa kena macam ni. masa kat bilik lama pernah jugak jadi. sekarang kat bilik baru ni pulak tapi seingat aku di rumah tak pula.
aku dengar kawan-kawan aku ajak pergi mid. pergi makan-makan kat satu tempat ni. aku okay je sebab memandangkan yang aku tak punya kelas petang, apa salahnya aku join dorang. tiba-tiba terus kepada babak aku berjalan seorang. hati aku dah mula risau, kenapa aku sorang je ni, mana dorang yang lain.
baru aku teringat yang tasha, jie masih di kampung. tak balik ukm lagi. yana pulak tak datang kelas tadi. dah tu, siapa pulak yang ajak aku pergi mid tadi ni? tengah-tengah aku monolog sorang-sorang diri tu, yana dan seorang lagi kawan aku call. dia kata sorry, sebab apa entah aku sendiri tak jelas. percakapan yang selebihnya tu aku dah tak dengar.
hati aku dah tak keruan. langit pula dah gelap semacam je. boleh pulak aku terserempak dengan kawan-kawan lama masa sekolah menengah yang mana mereka memang satu geng tapi bukan aku. aku dah tak pikir apa, sebab aku takut sangat, aku cakap dengan dorang aku nak join dorang sebab aku tak berani jalan sorang-sorang. nasib dorang okay.
then, aku try call semula classmates aku tapi tak dapat. aku sedar-sedar, aku tertinggal dari geng tadi. nasib aku dapat cari dorang semula, tempat yang dorang pergi ni kebetulan tempat makan yang awalnya aku nak lepak dengan classmates aku tapi tak jadi. dalam pada tak jadi tu, aku usha jugak kot kot dorang terpacul pulak kat situ. tapi takde. aku rasa lain. aku dah dapat rasa ini akan jadi mimpi-panjang-yang-aku-susah-nak-keluar tu.
terus ke babak aku masuk ke sebuah rumah lama. boleh pulak kat situ aku jumpa dengan classmates aku yang janji nak lepak mid tadi. aku happy sangat jumpa dorang semula. jadi aku pujuk balik diri aku yang ni bukan mimpi. tapi aku pelik, motif apa pulak aku jumpa dorang dekat rumah macam tu. sekali lagi hati aku mula tak sedap.
terus aku ajak dorang keluar dari situ, aku mula berjalan untuk keluar, tiba-tiba pintu yang di belakang aku tertutup. sumpah aku terkejut, lagi-lagi bila aku tertinggal sorang-sorang dekat luar. puas aku panggil nama kawan-kawan aku. hampa.
terus ke babak yang aku sendiri tak tahu di mana. kali ini aku memang yakin yang ni adalah mimpi-panjang-yang-aku-susah-nak-keluar. sebab aku tahu sekali akan jalan cerita yang perlu aku lalui kalau mahu berjaya keluar dari mimpi buruk tu. di mana akhirnya selalu sekali aku harus lawan sama setan. bunyi macam apa entah tapi memang betul macam tu. di mana aku perlu lawan sendiri untuk keluar dari mimpi.
kalau lawan sekali terus menang tak apa. ini, aduh, berkali-kali, walau takut macam manapun aku, walau buruk manapun setan tu berupa, hendak tak hendak harus,mesti, wajib dilawan juga. siapa mahu terperangkap dalam mimpi sebegitu rupa selama-lamanya? di mana kau tahu sekali yang itu bukan dunia kau. dan kau masih punya manusia-manusia yang menanti kau di dunia kau sendiri.
mati. tipu kalau aku tak terpikir pasal mati waktu dalam mimpi tu. dengan dosa aku sama pencipta aku lagi, dengan dosa aku sama manusia-manusia lainnya lagi. semua tak tertebuskan lagi. tapi paling aku takut kalau aku tak dapat jumpa kedua orang tua aku lagi. apa lagi ada saja aku dengar orang mati dalam tidur.
sambung semula ke babak selepas aku terperangkap dalam rumah tua itu. tiba tiba ditendang entah ke mana. macam berperingkat-peringat pula tempat yang aku jejak. takut. macam-macam tempat aku pergi. macam-macam orang aku jumpa. yang terpaling takut sekali bila aku bisa saja nampak manusia lainnya tapi mereka tak nampak aku. jerit, lolong macam manapun aku tetap tak wujud di mata mereka.
cuma segelintir saja yang bisa lihat aku. itupun aku kira ialah mereka yang punya ilmu. begitupun, sama juga, berkali-kali aku diberitahu yang aku harus lawan sendiri, mereka bisa bantu, tapi hasilnya tak menentu. di setiap peringkat aku lawan, berkali-kali aku ditipu, ditipu bahawa aku sudah kembali ke alam aku. dan selaluya pantas sekali aku sedar akan hal itu. kadang, pernah juga setan tu menyamar jadi roommate aku. nak yakinkan aku yang aku dah keluar dari mimpi tu. dan aku lali ditipu.
macam-macam aku cuba, macam-macam aku baca. dan setiap kali aku lawan aku harap sekali itu yang terakhir, di mana selepas itu aku betul-betul berada dalam bilik aku bersama roommate aku yang bukan palsu. macam sekarang. alhamdulillah. tak ditarik nyawa aku.
selalu begini. lepas aku berjaya keluar dari mimpi panjang tu, aku akan bertanya sebab kenapa terjadi. aku terganggu ssangat ke sama konflik dan serabut diri aku. aku terbawa-bawa ke novel jenayah yang aku baca sampai termimpi-mimpi. rasanya tak, sebab tak ada unsur jenayah pun mimpi aku tu. atau aku tidur waktu zuhur sampai ke asar, yala kan orang kata tak baik tidur waktu asar. atau sebab ketiga yang aku rasa aku tidur di katil yang aku dah tinggalkan 6 hari tak berpenghuni termasuk malam tadi di mana aku tidur di bilik kawan.
aku tak tahulah betul ke tidak, tapi masa aku tinggal di asrama dulu, selalu kawan-kawan aku pesan, katil yang kita tinggalkan lebih 3 hari, jangan nak terus tidur je. haila. aku harap aku tak kena lagi. aku takut tak mampu nak lawan lagi. yala, siapa mahu tinggal di alam yang kau tahu itu bukan tempat kau, dunia kau. di mana kau tak punya siapa-siapa di situ. ish aku tak mahu.
notakaki: entah-entah sebab aku makan daging banyak sangat.erkk.

aduhai sayang

kadang kadang aku sendiri tak tahu bagaimana patut aku respon pada sesuatu. lagi lagi bila bicara soal wanita. kaum aku sendiri. wanita dieksploitasi, wanita ditipu, wanita curang. apa-apa saja yang berbaur wanita.
isu ini sudah lama, dah terbau pun basinya. bagaimana tengkik pun baunya hampir setiap hari diperkata, dibicara isinya tapi selalu sekali tak berpenghujung. tak pula nampak solusinya.
tuhari sorang rakan pm aku sesuatu. gambar-gambar perempuan yang kebanyakannya sedang ber”selfie”. itu tak aku hairankan, memang sudah jadi trend tapi apa yang mahu aku sampaikan, gambar-gambar mereka itu diambil atau mungkin dicuri lalu dibikinkan satu akaun instagram baru.
kasihan. ya, kerna bagi aku tak semua dari gadis itu tahu bahawa mereka telah dieksploitasi. ya, memang si jahat itu celaka atas perbuatannya itu. tapi aku terpikir sesuatu. apa adil diletakkan salah cuma di bahu si jahat itu tadi?
kau masih ingat lagi sama ujikaji sains? di mana kita punya tiga pemboleh ubah. dimalarkan, dimanipulasi dan bergerak balas. dalam situasi ini:
pemboleh ubah dimalarkan: si jahat si jahat seperti tadi (boleh jadi perempuan atau lelaki)
pemboleh ubah dimanipulasi: gambar-gambar wanita (tak kiralah yg selfie, yg seksi mahupun berbikini)
pemboleh ubah bergerak balas: penghasilan akaun akaun sedemikian rupa
jadah apa kau ni? apa kene mengena pulak ujikaji sains dengan benda alah ni semua. haila. malas aku mahu bilang panjang lebar, kau boleh pikir sendiri. apa yang kau perlu buat sekarang, mudah, bina hipotesisnya.
salah hipotesis, kau tanggung sendiri. bukan kau tak tahu dalam exam pun kalau kau salah, kau takkan punya markah.
apa? kau mahu salahkan teknologi?  haha. janganlah. kau sendiri yang malu nanti, kerna hampir di setiap pelosok dan setiap ketika kau mengagungkannya. apa? aku kedengaran sinis sekali? tak mahu back up kaum sendiri?
tidak. bukan begitu. kerana aku sayanglah aku mahu kita sama2 pikir.
ada orang paksa kau selfie? membuntang mata memuncung bibir. ada orang terajang kalau kau suka mencermin diri? sayang, aku juga perempuan. bohong sekali kalau aku tidak pernah seperti itu.
tapi, apa sekalipun, bagaimana sekalipun. kau sendiri tahu keputusan di tangan kau. aku rasa kita semua cukup bijak sekali untuk memikir akan implikasi setiap keputusan yang kita buat sendiri.
jadi, bila terjadi perkara-perkara bodoh sebegini, siapa yang mahu kau salahkan? jangan marah sayang, jangan melatah. kalau kau terdaya, kau boleh cari siapa si jahat itu tadi.
jika tidak, aku rasa kita patut pikir kembali. renung semula. semoga di setiap yang kau pikir dan kau renung itu membawa cahaya.
🙂
aku juga bukan manusia sempurna. banyak koyaknya, banyak kudisnya.
salam sayang dari aku, yang mungkin atas dasar umurnya boleh jadi kakak kamu, adik kamu, rakan kamu.
pesanaku: mungkin entri ini juga boleh diaplikasi ke setiap pembikin video yang punya potensi mencambah benci

mula

banyak. banyak sekali sebab yang mendorong aku untuk menulis di sini.

biar aku beritahu awal-awal ini semua dari aku, dari kacamata aku walaupun aku tak berkaca mata.

juga dari hati aku, dari isinya yang paling dalam. tak diminta dipersetuju.

ini adalah titik mula bagi aku, untuk hidup.

hidup tanpa kisah akan kata orang.

sebab aku sudah penat hidup sebegitu.

ini tempat aku luah rasa aku yang kadang minta dimuntahkan.

ya, sebelum terlupa tempat ini dulu pernah jadi tempat aku timba dan curah ilmu.

jadi kalau ada yang tidak senang, tak mengapa. unfollow saja.

aku baru habis kemas2 blog ni, tapi tu pun tak semua la.

aku kan noob gila pasal it. menggagau aku cari butang2 delete segala.

dah. aku mahu blah.